Jurnal cucukan peptide · iPhone

Setiap cucuk,
tercatat.

Rekod peptide, dos dan tempat cucuk dalam 2 tap. Tengok berapa lama dah konsisten, dalam Bahasa Melayu.

Akan datang di App Store Lihat ciri

Sedang diuji dalam TestFlight

Skrin utama Peptida: kad Hari ini 2 daripada 3 selesai dan kad Retatrutide minggu ke-7

Rekod dalam 3 langkah

Lebih cepat dari buka botol.

Dos dan tempat cucuk dah diisi siap-siap. Biasanya kau cuma tekan dua kali.

1

Tekan Rekod cucuk

Peptide yang patut dicucuk hari ni dah dipilih.

2

Semak dos

Dos terakhir diisi automatik, lengkap dengan unit syringe kalau vial dah diset.

3

Simpan

Tempat cucuk dipilih ikut giliran supaya kulit sempat pulih.

Graf

Nampak berapa lama dah konsisten.

Setiap peptide ada kiraan kitaran sendiri, dan hari yang tertinggal nampak jelas.

  • Hari ke-32 untuk dos harian, Minggu ke-7 untuk dos mingguan
  • Graf dos ikut masa, nampak bila dos naik
  • Purata dos, purata interval dan berapa minggu sejak mula
Skrin Graf dengan progress setiap peptida dan graf dos
Kalkulator dos

Tak perlu kira unit syringe lagi.

Masukkan jumlah dalam vial dan air BAC. Peptida tunjuk berapa unit nak tarik dalam syringe insulin U-100.

  • 10 mg + 2 ml, dos 1 mg = 20 unit
  • Preset dos dan butang tolak tambah
  • Simpan vial, dan skrin rekod terus tunjuk unit
Kalkulator dos menunjukkan 20 unit dan gambar syringe
Tempat cucuk

Tukar tempat, ikut giliran.

Pilih perut, paha, lengan atas atau punggung. Peptida cadangkan sisi seterusnya dan ingat tempat terakhir.

  • Peta badan pandangan depan, tap untuk tukar
  • Giliran dikira untuk setiap peptide
  • Nota pilihan untuk rasa atau kesan
Skrin Rekod cucukan dengan pilihan peptide, dos dan butang tolak tambah
Peringatan

Tak terlupa, tak terlebih.

Set jadual untuk setiap peptide: tiap hari, hari tertentu atau tiap beberapa hari. Rekod terus dari notifikasi dengan butang Dah cucuk.

  • Kunci Face ID untuk rekod yang peribadi
  • Tema cerah atau gelap
  • Bahasa Melayu atau English
Skrin Tetapan dengan senarai peptide dan jadual peringatan

Privasi

Rekod kau, kawalan kau.

Peptida tiada iklan dan tak jual data. Guna tanpa akaun, dan semua rekod kekal dalam phone kau.

Tanpa akaunBuka app dan terus rekod. Tiada email, tiada kata laluan.
Rekod tak hilangAkan datang: daftar percuma, dan rekod kekal walaupun kau tukar atau hilang phone.
Export bila-bilaExport semua rekod ke CSV dari Tetapan. Padam app, dan semua data turut dipadam.

Soalan lazim

Yang orang selalu tanya.

Peptida percuma?

Ya. Versi pertama percuma sepenuhnya dan tiada iklan.

Peptida bagi cadangan dos?

Tidak. Peptida ialah jurnal peribadi untuk merekod. Kalkulator cuma buat kiraan matematik daripada nombor yang kau masukkan. Sentiasa ikut nasihat doktor atau ahli farmasi.

Kena daftar akaun?

Tak perlu. Akaun percuma supaya rekod tak hilang bila tukar atau hilang phone. Akan datang dalam kemas kini seterusnya.

Bila boleh download?

Peptida sedang diuji dalam TestFlight dan akan masuk App Store tak lama lagi.

Ada untuk Android?

Buat masa ni untuk iPhone sahaja.